Monday 12 December 2011

Hari Kedua yang aku lalui..

Part yang kedua
6 Disember 2011

 Malam tadi selepas makan combivir dan stocrin aku terus tidur.Sebelum tu aku dah muntah sekali dan kepala aku memang dah pening.Aku bermimpi memanjat gunung dipenuhi duit yang sangat banyak pada malam itu,hehe boleh tahan juga side effect ubat stocrin ni.Mungkin sebelum tidur aku fikir duit jer kot tu yang sampai terbawa dalam mimpi..tidak mengapalah daripada mimpi yang menakutkan dan mengerikan macam yang abg survivor cerita pada aku.Pagi tadi masa bangun tidur  ku merasa pening sangat dan loya nak muntah..cube tahan tetapi muntah juga memang dah tidak boleh tahan habis air dalam perut ni keluar sampai dah rasa pahit muntah tue,hati ni berfikir macam mane nak kerja waktu malam kalau masih pening memang tidak larat rasanya nak buat kerja dalam keadaan macam ni ambil keputuasn mc je lah..bolehlah rehat untuk 2,3 hari ni..bukan saje suka-suka nak mc pun memang dah tak larat.Aku call akak nurse yang menjaga fail aku cerita keadaan aku sekarang ini.Die cakap boleh datang tapi doktor pakar tidak ade waktu pagi..dengan keadaan yang pening kuatkn juga memandu sorang diri bawa pun slow jer takut juga tersalah masuk jalan orang lain maklumlah memandu dalam keadaan sedar tidak sedar jer..sampai kat klinik dah pukul 9 snurse bagi nombor disuruh tunggu mengikut nombor dengan hati yang sabar dan tenang...tunggu punya tunggu dah setengah jam tapi nombor tidak dipanggil lagi kepala pula dah ting tong ni keadaan orang yang ramai dan bising tidak tahan rasanya...jam dah pukul 10 masa makan ubat dah tiba,bunyi alarm je terus aku makan ubat dekat klinik tue..sudah 1 jam tunggu aku memang sudah tidak boleh tahan pening sangat rasanya otak aku fikir nak balik dan tidur je.Aku call akak nurse semula malas nak bangun jumpa dia minta balik pukul 2 aku  datang semula tapi die tidak bagi suruh aku tuggu juga die terus jumpa doktor dan nombor aku pun dipanggil..masa aku masuk dalam bilik rawatan itu ada pesakit lain..ade 2 orang doktor..seorang staff dan akak nurse tu..die tnye staff XXXX dengan nada yang kuat aku dah mula malu dan staff die boleh pula pandang-pandang muka aku..malulah tahan je memang nak menangis ni..aku diam jer...2,3 kali lah die tanya akak nurse cakap bukan..nasib baik akak nurse tolong cover line aku.Doktor cakap tidak tahu nak handle kes macam ni..ape yang perlu die buat...doktor macam kelam kabut sangat aku datang cuma nak minta mc jer.kalau tidak tahu pasal aku pun tidak mengapa tidak perlu cakap kuat macam berbahaya sangat aku ni.Rasanya die takut kot sebab aku ni ade hiv..doktor tanya dah berapa hari mulakan makan ubat aku pun cerita dari A-Z tapi doktor tu macam blur jer.Die tanya aku kerja dekat mana memanglah aku tidak boleh nak jawab kerana malu dan rasa tertekan sangat masa tu nanti staff lain tahu aku kerja dekat mana.Daripada dia dok pandang muka aku mengapa tidak baca fail aku yang ade depan mata die dari tadi belek-belek fail tu apa dia tengok..semua tentang aku dah tercatat dalam fail tu.Malas aku nak layan doktor ni terus bangun dan nak keluar dah menangis ni..dahlah menahan sakit dapat pula doktor yang macam ni nak pengsan je rasanye..memang rasa tertekan lah masa tu boleh pula cakap nape tidak pergi bilik doktor pakar kalau ada dah lama aku pergi..masalahnya doktor pakar pukul 2 baru ade minta mc mestilah waktu pagi..doktor pujuk aku supaya duduk dia akan bagi mc..aku  minta 3 hari dia bagi surat mc dan menyuruh aku ambil ubat muntah..tp aku tidak ambil pun ubat muntah 2 kerana menunggu ambil nombor dan ubat agak lama.Biasalah dekat klinik pagi-pagi macam ini memang ramai orang.Sepanjang jalan pulang ke rumah sikap doktor itu memang menyakitkan hati aku dan memalukan aku.Cukuplah ada sebilangan staff dekat situ tahu pasal aku tidak perlulah diperbesarkan lagi.Aku punya hati dan perasaan mengapa ada doktor yang tidak tahu menjaga hati pesakit macam aku ini.
Macam mana pula kalau perkara ini berlaku pada die tidak kah die berasa sedih. Walaupun dia tidak tahu nak handle kes macam aku ini tidak perlulah bercakap dengan nada yang kuat aku pun boleh faham..kenapa perlu buat mcm tu..akak nurse juga ada terangkan dekat dia aku first time makan ubat haart dan ada mengalami side effect doktor pakar  bagitahu boleh minta mc dengan doktor biasa.Aku datang cume nak minta mc je doktor tu memang tidak profesional menangani pesakit macam aku.Sabar je lah nak buat macam mana..Aku pun faham setiap doktor memang ade kepakaran yang berbeza suka atau pun tidak kite juga yang jadi mangsa keadaan.Persediaan kekuatan mental dan fizikal amat penting untuk menangani masalah macam ini.

9 comments:

  1. Rasa nak sekeh pun ada doc macam tu. Kita pun bidang health jugak, kita semua kan belajar privacy and confidentiality.

    Aaa geramnya. Ya Allah sabar yang amat sahabat sorang ni. Subhanallah kuatnya dia. Allah jugalah yang bagi segala kekuatan tuh.

    Btw, side effects macam tu memang biasa awal2 ambil apa2 special medication. And macam as ada chronic pain disease, so as da mintak doc pakar as buat surat siap2 cerita sakit as dan ubat apa as ambil.

    anytime as nak mc, as just guna surat tu bawak mintak mc kat doc biasa. gitulah.

    ReplyDelete
  2. laila,
    apa pun rintangan,
    teruskan perjuangan...
    pastikan perut tidak kosong sebelum mengambil ubat.

    ReplyDelete
  3. hehe doktor doktor..doktor ni kalau dia dok sembang dengan kita.. kita cakap macam ni " APA DOKTOR? AWAK TERBERAK DALAM SELUAR? " sambil tutup hidung hahahaha baru dia tahu kot perasaan kita ni macam mana.

    etika+ akhlak= terbaik

    ReplyDelete
  4. teruk juga ya..

    staf dan doktor yg laila jumpa tu dari unit ID ke? atau dari unit lain

    ReplyDelete
  5. As tolong sekehkan doktor 2.Tak pe lah perkara nak marah2 pun bukan dia faham keadaan kita.sabar je lah.
    Abg ahp thanks sya dah bersedia untuk berjuang ni..mesti akan makan sedikit makanan sebelum makan ubat.
    Anonymous one hahaha pandai awak buat lawak yer
    Azam memang teruk sikit doktor dan staf dekat situ.Diorang dari unit lain tapi doktor pakar yang merawat saya memang sangat2 baik.Tapi susah sikit nak jumpa appoimt setiap hari khamis je.

    ReplyDelete
  6. patutla..mungkin staf dan doktor yg laila maksudkan tak pernah ada pendedahan dgn pesakit hiv/aids sbb itulah dorang mcm tu.Laila boleh kemukakan isu ni kpd abg rafi sbb dia salah sorang member dalam MAC. mana tau dia boleh penjangkan kpd pihak2 berkaitan agar hal ni tak akan berlarutan. bukan nak cari salah siapa tapi itu hak kita sebagai pesakit untuk mendapat layanan sewajarnya. dahla kita sakit dilayan pula mcm tu. dorang mmg takde hati perut langsung.

    ReplyDelete
  7. Sabo jer lah... nak buat cam na.. mudah-mudahan benda2 mcm ni tak terjadi lagi dimasa hadapan pada awak ya...

    ReplyDelete
  8. azam..xpelah saya masih boleh bersabar lagi.tidak semua doktor dan staf yang kite jumpa bersikap macam ini..Dioarang yang jahil hiv jer yang berfikiran begini.begitu kehidupan kita pelbagai jenis org yang kita akan jumpa...
    Naj mi...bersabar kan separuh dari iman..sabar je lah..

    ReplyDelete
  9. Setahun dulu..masa sy mula ambil ubat.. masalah yg sama. And bukan nak cakap ape la.. tapi mcm you ckp. Doktor pun ade kepakaran masing2... tabah kan diri yea Lailasabella =)

    ReplyDelete