Tuesday, 13 December 2011

Coretan Dipagi Hari..

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia yang sempurna banyak yang perlu dikorbankan malah banyak juga yang terpaksa dilepaskan sesekali langkah akan tersandung dan rebah.Melangkah dengan tersenyum megah semua itu memerlukan pergorbanan dan airmata.Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul usah digusar pada anugerah Tuhan anggaplah sesekali diduga itu sekadar memantangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan.Begitulah kehidupan kita didunia ini kegagalan mengajar segala erti kemantangan dan lebih menghargai dalam hidup.Aku hanyalah seorang wanita tiada kelebihan yang teristimewa tidak juga mempunyai apa-apa yang begitu menonjol.Jalan aku juga dua kaki lihat aku menggunakan mata yang sama macam manusia lain menumpang dibumi Allah ini.Aku tidak buta tidak juga tuli mahupun bisu.Aku boleh melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah dan mendengar dengan sepasang telinga bercakap  menggunakan lidahku yang tidak bertulang.Perjalanan kehidupan di dunia ini dipenuhi dengan ujian sama ada kesenangan,kesusahan,kedudukan dan segalanya.Walau apa pun terjadi kita perlu membawa kehidupan ini kembali pada jalan yang benar iaitu kepada Allah kerana selepas  kematian kita akan menemui satu jalan kehidupan yang abadi (akhirat)..sama ada syurga atau neraka.

4 comments:

  1. laila..kehidupan yang benar. redha lagi diredhai. kita hadapi ujian yang mendatang dengan tabah. moga iman kita terpelihara sehingga ke akhir hayat. moga husnul khatimah adalah untuk kita.

    ReplyDelete
  2. moga sama2 kita beroleh jalan yang diredhai dan diberkati ke sana. syurga matlamat kita, insya-Allah... mari kawan2, jom langkah bersama 'ustazah fasha' :)

    ReplyDelete
  3. Orang cakap ujian sihat tubuh badan dan memiliki kekayan yang banyak tu adalah ujian yang paling mencabarkan.

    Apa pun saya nak masuk Surga.....

    ReplyDelete
  4. laila! i like your spirit!

    ReplyDelete