Tuesday 13 December 2011

SIFAT SYURGA SERTA AHLINYA




                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."
                        Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: Imam (pemimpin, hakim) yang adil, dan orang puasa ketika berbuka dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat diatas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman: "Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya."
                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya didalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan dibawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhillin mamdud (Yang bermaksud) Dan naungan yang memanjang terus. Dan didalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Fala ta'lamu nafsun maa ukh fia lahum min qurrati a'yunin jazza'an bima kanu ya'malun (Yang bermaksud) Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan temapt pecut didalam syurga lebih baik dari dunia siisinya. Bacalah ayat: Faman zuhziha aninnari wa udkhillal jannata faqad faza (Yang bermaksud) Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung."
                        Ibn Abbas r.a. berkata: "Sesungguhnya didalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjdai tawar airnya, tercantum dilehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku."
                        Mujahid berkata: "Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik, dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya dibawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Wa dzulillat quthufuha tadzlila. (Yang bermaksud) Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri maupun yang duduk dan berbaring.
                        Abu hurairah r.a. berkata: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu didunia bertambah tua."
                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila ahli syurga telah masuk kesyurga dan ahli neraka telah masuk keneraka, maka ada seruan: Hai ahli syurga, Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata: "Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memesukkan kami kedalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada ditanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat zat Allah."
                        Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi Muhammad s.a.w.bertanya kepada Jibril: "Apakah cermin yang putih ini?" Jawabnya: "Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada dihari Jumaat, telah dikurniakan untuk mu dan untuk ummat mu, sehingga ummat-ummat yang sebelumnya berada dibelakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara (kristian) dan saat dihari Jumaat, jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah, atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya, pasti akan dihindarkannya, dan hari Jumaat dikalangan kami (Malaikat) dinamakan Yaumal Mazid (hari tambahan)."
                        Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah Yaumal Mazid itu?" Jawab Jibril: "Tuhan telah membuat lembah disyurga Jannatul  Firdaus, disana ada anak bukitdarimisik kasturi dan pada tiap-tiap hari Jumaat disana disediakan mimbar-minbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para Nabi, dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permatayaqut dan zabarjada diduduki para siddiqin, suhada dan solihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang dibilik syurga) berada dibelakang mereka diatas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, lalu Allah berfirman: "Mintalah kepadaKu." Maka semua minta (Kami mohon keridhaanMu) Jawab Allah:"Aku telah redho kepadamu, keridhoan sehingga kamu Aku tempatkan dirumahKu dan Aku muliakan kamu." Kemudian Allah menampakkan kepada mereka sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan dan  kehormatan mereka.
                        Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: "Berikan makan kepada para waliKu.", maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semuanya, bahkan lebih lazat sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: "Berikan minum kepada hamba-hambaKu." maka diberi minum yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman: "Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta, nescaya Akuberikan permintaanmu." Jawab mereka: "Kami minta ridhoMu. kami minta ridhoMu." dua tiga kali. Dijawab oleh Allah: "Aku ridho kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima." Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat dzat Allahyang Maha Mulia sekehendak Allah, maka segera mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah sehingga Allah menyuruh mereka: "Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat." Maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat dzat Allah yang Maha Mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah Arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan diatas kepala mereka, diatas ubun-ubun kuda mereka, maka  apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka berkata: "Kamu kini lebih elok dari yang biasa."
                        Abul-Laits berkata: "Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihat-Nya. Dan erti melihat kepadaNya iaitu melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya tetapi kebanyakkan ahli ilmu mengerikan: Melihat dzat Allah tanpa perumpamaan."
                        Ikrimah berkata: "Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sa,a, sedang tingginya enam puluh hasta, setinggi nabi Adam a.s. muda-muda yang mesih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakaitujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya dimuka isterinya, demikian pula didadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya diwajah suaminya, didada dan dibetisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh."
                        Dalam lain riwayat: "Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi."
                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya Zaid bin Arqam r.a. berkata: "Seorang ahlil kitab datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bertanya: "Ya Abal-Qasim, apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan minum?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganNya, seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang dalam makan, minum dan jima (bersetubuh)." Dia berkata: "Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kekotoran? Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : "Hajat seseorang itu berupa peluh yang berbau harum bagaikan kasturi."
                        Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah s.w.t.: "Thuba lahum wa husnu ma ab."
                        Thuba ialah pohon pokok disyurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah disyurga, didalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh diatas meja makannya, dan dapat makan sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali."
                        Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Rombongan pertama akan masuk syurga dari ummatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang dilangit, kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta."
                        Ibn Abbas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, polos, halus, tidak ada rambut kecuali dikepala, alis dan idep (dikelopak mata), sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s. enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa a.s 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: "Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya."
                        Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama:Salam alaikum bima shobartum, dan yang kedua: Ud khuluha bisalamin aminin, yang ketiga : Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun, yang keempat: Rufi'at ankumul ahzana wal humum, yang kelima: Albasakum alhuli wal hulal, yang keenam Zawwa jakum ul hurul iin, yang ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun, yang kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin, yang kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun dan yang kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran."
Ertinya:
  1. Salam alaikum bima shobartum- Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu
  2. Ud khuluha bisalamin aminin- Masuklah kesyurga dengan selamat dan aman
  3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun- Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu
  4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum- Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita  
  5. Albasakum alhuli wal hulal- Kami berimu pakaian dan perhiasan
  6. Zawwa jakum ul hurul iin- Kami kahwinkan kamu dengan bidadari
  7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun- Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu.
  8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin- Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin
  9. hirtum syababa laa tahromun- Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya
  10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran- Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.
                        Abul-Laits berkata: "Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara ini iaitu: 
  1. Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t.: "Wa nahannafsa anil hawa fainnal jannat hiyal ma'wa yang bermaksud "Dan menahan nasfu dari maksiat maka syurga tempatnya."
  2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: "Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia."
  3. Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. : "Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu."
  4. Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis: "Perbanyaklah kawan kerana tiap kawan itu ada syafa'atnya pada hari kiamat."
  5. Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.
                        Sebagaimana ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia.
                        Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang: "Kamu cukup dengan itu tanpa roti?" Jawabnya: Saya jadikan makanan ini untuk syurga sedang kau jadikan untuk w.c, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke w.c, sedang saya makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai kesyurga."
                        Ibrahim bin Adham ketika masuk ketempat permandian dilarang oleh penjaganya: "Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya." Maka ia menangis dan berdoa: "Ya Allah, seorang untuk masuk kerumah syaitan tidak diizinkan tanpa wang, maka bagaimana saya akan masuk ketempat para Nabi dan Siddiqin tanpa upah?"
                        Tersebut dalam wahya yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: "hai Anak Adam, kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mau membeli syurga dengan harga murah." Ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan ringan, tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat."
                        Abu Hazim berkata: "Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya didunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga, dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, niscaya itu ringan dan sedikit disamping keselamatan dineraka. Padahal kamu dapat masuk dan selamat dari neraka dengan sabar menderita satu peratus dari kesukaran."
                        Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Meninggalkan dunia berat tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia."
                        Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."
                        Semoga Allah s.w.t. menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami kedalam syurga. Dan andaikan didalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal disyurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.
                        Anas bin Malik r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Didalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika didunia, dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan si kaya, dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai kesyurga."
                        Abul-laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Manusia semua akan berdiri didekat neraka, kemudian mereka menyeberang diatas sirat (jambatan) diatas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang, ada yang bagaikan kuda yang cepat larinya, dan seperti lari orang, dan ada yang bagaikan terbang burung, dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan diatas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang dikanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk  membantol (menyeret) orang-orang, maka ada yang selamat, ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur kedalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: "Robbi sallim saliim" (Ya Tuhan, selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk kesyurga, maka ia selamat dari sirat, terbuka baginya pintu syurga dan merasa tidak ada tempat baginya disyurga, sehingga dia berdoa: "Ya Tuhan, tempat saya disini." Jawab Tuhan: "Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya." Jawabnya: "Tidak, demi kemuliaanMu." Maka ditempatkan disitu, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga dia merasakan kerendahan tempat yang diberikan kepadanya, lalu ia berkata: "Ya Tuhan, tempatkan lah aku disitu." Dijawab oleh Tuhan: "Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya." Jawabnya: "Tidak, demi kemuliaanMu." kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama sehingga ditanya: "Apakah kau tidak minta?" Jawabnya: "Saya sudah minta sehingga merasa malu." Maka firman Allah s.w.t.: "Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat disyurga."
                        Abdullah bin Mas'ud berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya."
                        Dalam hadis: "Diantara wanita-wanita didunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika didunia."
Firman Allah s.w.t.: "Inna ansya'nahunna insya'a, fija'alnahunna abkara uruban atraba li ash habil yamin." yang bermaksud: "Kami cipta mereka baru dan Kami jadikan mereka tetap gadis yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya, untuk orang-orang ahlil yamin."

Coretan Dipagi Hari..

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia yang sempurna banyak yang perlu dikorbankan malah banyak juga yang terpaksa dilepaskan sesekali langkah akan tersandung dan rebah.Melangkah dengan tersenyum megah semua itu memerlukan pergorbanan dan airmata.Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul usah digusar pada anugerah Tuhan anggaplah sesekali diduga itu sekadar memantangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna insan.Begitulah kehidupan kita didunia ini kegagalan mengajar segala erti kemantangan dan lebih menghargai dalam hidup.Aku hanyalah seorang wanita tiada kelebihan yang teristimewa tidak juga mempunyai apa-apa yang begitu menonjol.Jalan aku juga dua kaki lihat aku menggunakan mata yang sama macam manusia lain menumpang dibumi Allah ini.Aku tidak buta tidak juga tuli mahupun bisu.Aku boleh melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah dan mendengar dengan sepasang telinga bercakap  menggunakan lidahku yang tidak bertulang.Perjalanan kehidupan di dunia ini dipenuhi dengan ujian sama ada kesenangan,kesusahan,kedudukan dan segalanya.Walau apa pun terjadi kita perlu membawa kehidupan ini kembali pada jalan yang benar iaitu kepada Allah kerana selepas  kematian kita akan menemui satu jalan kehidupan yang abadi (akhirat)..sama ada syurga atau neraka.

Monday 12 December 2011

Hari Kedua yang aku lalui..

Part yang kedua
6 Disember 2011

 Malam tadi selepas makan combivir dan stocrin aku terus tidur.Sebelum tu aku dah muntah sekali dan kepala aku memang dah pening.Aku bermimpi memanjat gunung dipenuhi duit yang sangat banyak pada malam itu,hehe boleh tahan juga side effect ubat stocrin ni.Mungkin sebelum tidur aku fikir duit jer kot tu yang sampai terbawa dalam mimpi..tidak mengapalah daripada mimpi yang menakutkan dan mengerikan macam yang abg survivor cerita pada aku.Pagi tadi masa bangun tidur  ku merasa pening sangat dan loya nak muntah..cube tahan tetapi muntah juga memang dah tidak boleh tahan habis air dalam perut ni keluar sampai dah rasa pahit muntah tue,hati ni berfikir macam mane nak kerja waktu malam kalau masih pening memang tidak larat rasanya nak buat kerja dalam keadaan macam ni ambil keputuasn mc je lah..bolehlah rehat untuk 2,3 hari ni..bukan saje suka-suka nak mc pun memang dah tak larat.Aku call akak nurse yang menjaga fail aku cerita keadaan aku sekarang ini.Die cakap boleh datang tapi doktor pakar tidak ade waktu pagi..dengan keadaan yang pening kuatkn juga memandu sorang diri bawa pun slow jer takut juga tersalah masuk jalan orang lain maklumlah memandu dalam keadaan sedar tidak sedar jer..sampai kat klinik dah pukul 9 snurse bagi nombor disuruh tunggu mengikut nombor dengan hati yang sabar dan tenang...tunggu punya tunggu dah setengah jam tapi nombor tidak dipanggil lagi kepala pula dah ting tong ni keadaan orang yang ramai dan bising tidak tahan rasanya...jam dah pukul 10 masa makan ubat dah tiba,bunyi alarm je terus aku makan ubat dekat klinik tue..sudah 1 jam tunggu aku memang sudah tidak boleh tahan pening sangat rasanya otak aku fikir nak balik dan tidur je.Aku call akak nurse semula malas nak bangun jumpa dia minta balik pukul 2 aku  datang semula tapi die tidak bagi suruh aku tuggu juga die terus jumpa doktor dan nombor aku pun dipanggil..masa aku masuk dalam bilik rawatan itu ada pesakit lain..ade 2 orang doktor..seorang staff dan akak nurse tu..die tnye staff XXXX dengan nada yang kuat aku dah mula malu dan staff die boleh pula pandang-pandang muka aku..malulah tahan je memang nak menangis ni..aku diam jer...2,3 kali lah die tanya akak nurse cakap bukan..nasib baik akak nurse tolong cover line aku.Doktor cakap tidak tahu nak handle kes macam ni..ape yang perlu die buat...doktor macam kelam kabut sangat aku datang cuma nak minta mc jer.kalau tidak tahu pasal aku pun tidak mengapa tidak perlu cakap kuat macam berbahaya sangat aku ni.Rasanya die takut kot sebab aku ni ade hiv..doktor tanya dah berapa hari mulakan makan ubat aku pun cerita dari A-Z tapi doktor tu macam blur jer.Die tanya aku kerja dekat mana memanglah aku tidak boleh nak jawab kerana malu dan rasa tertekan sangat masa tu nanti staff lain tahu aku kerja dekat mana.Daripada dia dok pandang muka aku mengapa tidak baca fail aku yang ade depan mata die dari tadi belek-belek fail tu apa dia tengok..semua tentang aku dah tercatat dalam fail tu.Malas aku nak layan doktor ni terus bangun dan nak keluar dah menangis ni..dahlah menahan sakit dapat pula doktor yang macam ni nak pengsan je rasanye..memang rasa tertekan lah masa tu boleh pula cakap nape tidak pergi bilik doktor pakar kalau ada dah lama aku pergi..masalahnya doktor pakar pukul 2 baru ade minta mc mestilah waktu pagi..doktor pujuk aku supaya duduk dia akan bagi mc..aku  minta 3 hari dia bagi surat mc dan menyuruh aku ambil ubat muntah..tp aku tidak ambil pun ubat muntah 2 kerana menunggu ambil nombor dan ubat agak lama.Biasalah dekat klinik pagi-pagi macam ini memang ramai orang.Sepanjang jalan pulang ke rumah sikap doktor itu memang menyakitkan hati aku dan memalukan aku.Cukuplah ada sebilangan staff dekat situ tahu pasal aku tidak perlulah diperbesarkan lagi.Aku punya hati dan perasaan mengapa ada doktor yang tidak tahu menjaga hati pesakit macam aku ini.
Macam mana pula kalau perkara ini berlaku pada die tidak kah die berasa sedih. Walaupun dia tidak tahu nak handle kes macam aku ini tidak perlulah bercakap dengan nada yang kuat aku pun boleh faham..kenapa perlu buat mcm tu..akak nurse juga ada terangkan dekat dia aku first time makan ubat haart dan ada mengalami side effect doktor pakar  bagitahu boleh minta mc dengan doktor biasa.Aku datang cume nak minta mc je doktor tu memang tidak profesional menangani pesakit macam aku.Sabar je lah nak buat macam mana..Aku pun faham setiap doktor memang ade kepakaran yang berbeza suka atau pun tidak kite juga yang jadi mangsa keadaan.Persediaan kekuatan mental dan fizikal amat penting untuk menangani masalah macam ini.

Sunday 11 December 2011




Ingatlah bahawa sesungguhnya Tuhan Maha Mengampuni  Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepadaNya.Hapuskan lah air mata dengan berprasangka baik kepadaNya buanglah segala penderitaan dan kesedihan dengan mengingat segala nikmat Allah.Jika kita tidak mempersiapkan diri sejak hari ini  mungkin esok bukan menjadi milik kita..Aku tidak akan mengingati musibah yang telah berlalu atau kekeliruan yang pernah aku alami.Apabila kesusahan datang menghimpit diri ucapkanlah Laa Ilaha Illallah..Renunglah beribu-ribu orang yang sakit terbaring di atas kati-katil putih yang menderita penyakit kronik yang bertahun-tahun ..ada yang ditimpa  kecelakaan sehingga membuatnya cacat seumur hidup penglihatan yang hilang tangan dan kaki dipotong...begitu juga di rumah sakit jiwa ramai orang yang kehilangan akal dan kesedaran sehingga berubah menjadi gila.. beribu-ribu orang yang kelaparan untuk makan sekeping roti pun payah..kesian kan mereka.
Bersyukur pada Allah aku masih lagi sihat hidup dalam keadaan baik aman dan tenteram.Aku tidak mampu untuk mengubah masa yang telah berlalu dan tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa mendatang.Aku akan terus bersabar menghadapi penyakit ini.Walau ape pun terjadi akan tetap kuat dan tabah untuk melawanya bersama sahabat-sahabat yang senasib.Jangan biarkan ada sudut yang gelap dalam kehidupan kerana cahaya itu sudah ada hanya perlu memicit suis untuk menyalakannya...Lawan tetap lawan walaupun dengan airmata..

HARI PERTAMA AKU MEMULAKAN HAART..

5 Disember  (part 1)


 Hari pertama aku untuk memulakan memakan ubat Haart.. hari isnin sangat sibuk waktu ini  sebab semua klinik dah buka aku mulakan kerja dari pukul 7 pagi..waktu ni aku memang tidak sempat nak sarapan dalam pukul 9 pagi aku mengalas perut dengan sedikit mee goreng dan sebiji epal sebelum makan ubat pukul 10 pagi.
Hari ini banyak rekod-rekod yang perlu aku hantar,sebelum aku memulakan langkah ke destinasi seterusnya alarm hanset aku pun dah berbunyi menunjukkan sudah tiba masanya aku makan ubat.Tanpa berlengah aku terus menelan sebiji combivir dan meneruskan kerja aku pagi 2.Seorang staff menyuruh aku hantar rekod ke klinik dada yang agak jauh dari tempat aku kerja..kalau ikutkan aku boleh saje menolak untuk tidak hantar rekod 2 tapi memandang memang kerja aku tanpa berfikir aku berjalan kaki hampir 15 minit lah jugak nak sampai kat klinik 2 nak naik kereta malas pulak nanti payah nak cari parking..setelah sampai kat klinik aku dah mula merasa pening-pening aku hanya tahan jer.masa nak balik ke tempat kerja aku dah mula rasa loya-loya singgah kejap beli asam bolehlah kurangkan rasa nak muntah..masa ni aku memang rasa pening sangat-sangat mungkin agak stress waktu kerja ditambah pulak side effect ubat ni.Otak aku fikir nak balik jer..badan pun dah penat jam pun dah pukul 2 dengan pantas aku terus menuju keluar tanpa menghiraukan orang lain.Sampai kat rumah aku makan pun tidak ade selera tapi paksa kan diri juga makan sedikit nasi.
Kepala ni masih lagi pening dan loya-loya...dalam keadaan aku melawan side effect ni ramai yang memberi kata-kata semangat dari sahabat-sahabat yang senasib.. aku tidak lansung merasa menanggung sorang....malah ade juga yang memberi cadangan yang pelbagai untuk mengurangkan side effect.aku kena minum air banyak untuk satu hari 2..Jom layan lagu ni sebentar..dapat mengurangkan stress...

Saturday 10 December 2011

Please wake up! Jangan mati sebelum masanya....



Terasa memang nak rebah tapi langkah tetap akan terus melangkah selagi belum aku menutup mata..walaupun begitu payah tapi aku yakin akan kemenangan satu hari nanti menjadi milikku...menanti sinar kebahagian yang hakiki didunia dan diakhirat..selama ini sejak aku disah hiv positif banyak yang aku pendam sendiri tiap-tiap malam aku menangis hanya tuhan jer yang tahu bertapa sedihnye hati.Tiada  tempat untuk aku mengadu dan berkongsi kesedihan ini hanya pada Allah tempat terbaik untuk mengadu segalanye.Terlalu sukarnya aku nak melupakan die dan melepaskan die pergi tapi demi kebahagiannye aku relakan die pergi walaupun perit.Aku mengenali dirinye hampir 10 tahun aku terpaksa berterus terang tentang status aku ni...Aku tidak kisah kalau die tidak menyukai aku lagi tapi aku begitu hampa dengan sikap prejudis terhadap aku malah jahil virus lagi lah menyerlah.Kenapa mesti bersikap begitu bukannye tak sekolah tapi buta tentang virus hiv..tak pe2..aku x kisah pun.Ape yang penting aku cukup berani untuk memberitahu die perkara sebenar sekurangnye bebanan di kepala aku ni berkurangan terpulang pada die untuk menilai..Yang pasti aku xperlu menipu dan lari2 macam sok aku akan mati.


Sejak hari itu aku mencari kekuatan diri sendiri walaupun sedih dan nangis pun aku tetap akan bangun semula.Inilah diriku yang cepat menangis malah aku tidak pernah kenal erti mengalah selagi aku boleh melangkah aku akan terus melangkah walaupun begitu payah sekali pun.Bermula lah hidup sebagai PLHIV aku redha dan yakin ade hikmah disebaliknya.Dalam aku tercari-cari tempat rujukan tentang penyakit ini aku terjumpa sebuah blog yang menarik minat aku.Blog abg ahp AKUHIVPOSITIF pada mulanya aku memang sukar nak percaya..betul ker orang ni senasib dengan aku atau sekadar coretan kosong semata-mata.sangkaan aku rupanye salah..banyak info2 tentang penyakit ini ramai juga orang yang komen-komen dalam blog die.aku pun trylah komen jugak tapi selalunye akan guna name yang berlain takut nanti ade orang kenal pula...hehehe aku tidak pernah pun bagitahu kat abg ahp aku pernah guna name lain...Seseorang yang mahu berubah menjadi lebih lebih baik bukanlah suatu perkara yang sukar jika memiliki keinginan serta kesungguhan.
Allah 2 maha adil tiba-tiba hati aku tergerak nak antar emel kat tuan tanah ni..ape agaknye respon yang akan die beri kat aku nanti.nielah emel yang aku dapat dari abg ahp.Pada pandangan aku masa mula-mula dapat emel ini ternyata abg ahp seorang yang baik dan berhati besar.Aku mula membaca entry Aku dan memahami ape yang abg ahp lalui.Aku sungguh kagum dengannye seorang yang kuat dan tabah kekadang tersentuh juga hati ini bila membacanya memang sedih sejak dari itu banyak yang dikongsi bersama.Abg ahp kenalkan aku pada rakan-rakan senasib yang lain bertambahlah ilmu hinggalah ke saat ini.


t kasih kerana sudi emel saya.
jgn tanggung masalah sendirian.
hiv tak ada apa2 masalahpun,
rawatannya jauh lebih mudah berbanding penyakit2 kronik lain
masalahnya cuma stigma, diskriminasi dan judgmental termasuk di hati PLHIV sendiri.
bahkan PLHIV boleh berkahwin dan punya zuriat.
aids pula cuma istilah bagi sekumpulan penyakit yang biasa terjadi jika kita lambat dapat rawatan.
aids hampir tiada sejak ada HAART
aids bukan nama penyakit atau spt org selalu sebut 'sakit aids'
org lain yg tak ada hiv pun sakit gitu juga.
ok, buat permulaan laila baca dulu entry aku pelan2.
tengok dan belajar bagaimana sy menghadapinya sejak awal (di peringkat masih keliru) sehingga sekarang.
kalau tak faham nanti tanya, jgn segan2.


Opick - Rapuh ( bersama lirik )

Opick - Rapuh 
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
1 Disember 2011.

Hari ini aku jumpe doctor untuk bincang pasal ubat haart yang aku akan makan..Aku keluar dari rumah pukul 1:30 lagipun klinik tidaklah jauh sangat dari rumah aku dalam 15 minit dah boleh sampai. Jam ditangan belum menujukkan pukul 2 macam biasa aku akan duduk depan bilik pakar menunggu staff nurse yang bawa fail aku datang bagi nombor.Dalam beberapa minit ade seorang staff dekat situ menegur aku...boleh die tegur dah berhenti kerja ker..die tahu aku kerja dekat mane mengapa dok sibuk pulak hal aku..rasa macam nak baling jer  dengan sandal yang aku pakai..dengan selambar aku menjawab dah menghenti kerja nape..walaupun hakikatnye aku masih berkerja lagi.Die tersenyum jer.menyampah aku dengan orang2 yang macam ni..sibuk nak tahu tepi kain orang.Die fikir aku ini lemah sangat agaknye sampai nak berhenti kerja memang jahil betul orang 2.
Pukul 2 baru aku nampak staff nurse yang jaga fail aku dengan mesra di datang padaku memberi nombor untuk berjumpa  doktor Macam biasa sebelum jumpe doktor aku akan di ambil tekanan darah dan timbang berat badan..Berat badan aku maintain tidak naik dan turun..cume tekanan darah aku agak tinggi sikit mungkin mengalami sedikit tekanan nak mulakan makan ubat haart.Pertanyaan pertama doktor pada aku adakah family dah tahu penyakit aku ini dengan tenang aku menjawab  bagi masa untuk aku..untuk memberitahu pada family harap doktor faham.Walaupun hakikatnye memang aku tidak akan bagitahu pun dekat mak dan abah..
Doktor memberitahu cd4 aku 287 viral laod 0.24 agak terkejut jugak sebab cd4 aku dah naik sedikit.sebelum ni 244 jer.Doktor cakap walaupun cd4 aku dah naik tapi tetap kena makan ubat jugak sebab cd4 akan naik dan menurun lagipun antibodi aku agak lemah.Menakutkan juga bile doktor cerita side effect bile dah ambil ubat ini side effect pun pelbagai tidak sama setiap orang pening dan loya 2 memang perkara biasa.Aku kena makan 2 jenis ubat combivir dan stocrin makan mesti mengikut waktu tidak boleh tertinggal pun.Doktor menunjuk gambarajah macam mana ubat ini berfungsi sebab 2 lah kite tidak boleh melewat makan ubt ini virus akan jadi tegar dan payah nak melemahkan nye..ubat yang kita ambil tidak berkesan dan kena makan ubat yang lain lagi kuat untuk melemahkan virus 2.Pening juga memikirkan kesan sampingannye nanti memang perasaan takut 2 ade tapi nak buat macam mana kena redha dan kuat hadapi semue ini apa yang penting aku nak sihat dan hidup normal macam orang lain.Persediaan mental dan fizikal pun amat penting  aku start makan ubat haart ini pada 5 Disember 2011.

Friday 9 December 2011

Lirik Insya Allah – Maher Zain (Versi Melayu)


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

pentingkan diri sendirikah aku?

aduhhh..sakitnye kepala aku ni..aku x pernah berniat nak menyusahkan orang lain..hari ni aku masih mc lagi sepatutnya hari ini dan hari sabtu hari kelepasan cuti aku tapi ketua aku mesej  suruh masuk keje malam pulak.aku memang tidak boleh nak keje pas makan ubat stocrin aku tidak boleh nak kawal peningnya terasa diri ni diawangan jer...jalan pun macam tidak pijak bumi tapi aku betul-betul kecewa dan sedih bila ketua aku mesej aku pentingkan diri sendiri dan tidak memikirkan orang lain.seingat aku sejak berkerja disitu boleh di kira berapa kali aku mc.sebelum ni aku pernah demam dan muntah berhari2 sampai masuk air drip sendiri kat rumah aku tahankan jugak pergi kerja sebab tak nak menyusahkan orang lain..pernah sampai nak pengsan kerja tidak jugak mik mc.selagi aku daya aku akan kerja tapi sekarang ni aku memang betul2 tak mampu nak g kerja bukan suka-suka nak mc lagipun aku sayang perkerjaan aku ni...banyak memberi aku pengajaran mengenal erti hidup dan bersyukur masih ade tangan dan kaki..x macam pesakit lain yang lagi menderita xade tangan dan kaki nak bergerak pun susah apetah lagi untuk berkerja.makan pun disuap..kekadang kite fikir diri ni menderita tapi hakikatnye ade orang lain lagi teruk dari kita.jadi sama-samalah kite bersyukur dengan ape yang kite ade lagipun hidup kat dunia ini hanya sementara yang kekal diakhirat sana.
maafkan aku jika kwn2 yang merasakan aku ni menyusahkan diaorang ...aku cube yang terbaik melawan semue ini.hanya allah jer yang tahu...maafkan aku wad5b disebabkan aku mc ni korang terpaksa mengantikan aku..insyaallah jika aku dah sihat nanti tidak akan memyusahkan korang lagi..masalah kita bukan takut pada virus,kesan sampingan ubat dan peluang untuk hidup sihat tapi masalah pada perangai orang..tetap bersabar untuk melawan semue ini.macam-macam perangai orang yang aku hadapi belum aku cerita lagi pasal doctor di klinik yang jahil pasal hiv..lagi tension dibuatnya walau ape pun aku tetap tabah untuk melangkah bersama rakan-rakan seperjuangan