Saturday, 10 December 2011

1 Disember 2011.

Hari ini aku jumpe doctor untuk bincang pasal ubat haart yang aku akan makan..Aku keluar dari rumah pukul 1:30 lagipun klinik tidaklah jauh sangat dari rumah aku dalam 15 minit dah boleh sampai. Jam ditangan belum menujukkan pukul 2 macam biasa aku akan duduk depan bilik pakar menunggu staff nurse yang bawa fail aku datang bagi nombor.Dalam beberapa minit ade seorang staff dekat situ menegur aku...boleh die tegur dah berhenti kerja ker..die tahu aku kerja dekat mane mengapa dok sibuk pulak hal aku..rasa macam nak baling jer  dengan sandal yang aku pakai..dengan selambar aku menjawab dah menghenti kerja nape..walaupun hakikatnye aku masih berkerja lagi.Die tersenyum jer.menyampah aku dengan orang2 yang macam ni..sibuk nak tahu tepi kain orang.Die fikir aku ini lemah sangat agaknye sampai nak berhenti kerja memang jahil betul orang 2.
Pukul 2 baru aku nampak staff nurse yang jaga fail aku dengan mesra di datang padaku memberi nombor untuk berjumpa  doktor Macam biasa sebelum jumpe doktor aku akan di ambil tekanan darah dan timbang berat badan..Berat badan aku maintain tidak naik dan turun..cume tekanan darah aku agak tinggi sikit mungkin mengalami sedikit tekanan nak mulakan makan ubat haart.Pertanyaan pertama doktor pada aku adakah family dah tahu penyakit aku ini dengan tenang aku menjawab  bagi masa untuk aku..untuk memberitahu pada family harap doktor faham.Walaupun hakikatnye memang aku tidak akan bagitahu pun dekat mak dan abah..
Doktor memberitahu cd4 aku 287 viral laod 0.24 agak terkejut jugak sebab cd4 aku dah naik sedikit.sebelum ni 244 jer.Doktor cakap walaupun cd4 aku dah naik tapi tetap kena makan ubat jugak sebab cd4 akan naik dan menurun lagipun antibodi aku agak lemah.Menakutkan juga bile doktor cerita side effect bile dah ambil ubat ini side effect pun pelbagai tidak sama setiap orang pening dan loya 2 memang perkara biasa.Aku kena makan 2 jenis ubat combivir dan stocrin makan mesti mengikut waktu tidak boleh tertinggal pun.Doktor menunjuk gambarajah macam mana ubat ini berfungsi sebab 2 lah kite tidak boleh melewat makan ubt ini virus akan jadi tegar dan payah nak melemahkan nye..ubat yang kita ambil tidak berkesan dan kena makan ubat yang lain lagi kuat untuk melemahkan virus 2.Pening juga memikirkan kesan sampingannye nanti memang perasaan takut 2 ade tapi nak buat macam mana kena redha dan kuat hadapi semue ini apa yang penting aku nak sihat dan hidup normal macam orang lain.Persediaan mental dan fizikal pun amat penting  aku start makan ubat haart ini pada 5 Disember 2011.

4 comments:

  1. saya sukakan perkongsian ini.
    ada pelbagai rasa di dalamnya.
    inilah bukti bahawa kita memang tidak diberi peluang bernafas dengan lega walaupun oleh segelintir kakitangan KKM sendiri

    ReplyDelete
  2. inilah dugaan yang harus kite tempuh..
    bermacam jenis orang yang kite jumpe dah cukup sabar..kalau nak fikirkan cakap2 orang tak kemana lah kite.

    ReplyDelete
  3. Memang cd4 287 dah elok start jangan tunggu lagi...insyaallah tak da apa-apa...

    ReplyDelete
  4. sya dah start pun mik ubat haart ni baru jer 7 ari.side effect pun xde teruk sangat pening..loya dan muntah2 jer..

    ReplyDelete