Saturday, 10 December 2011

Please wake up! Jangan mati sebelum masanya....



Terasa memang nak rebah tapi langkah tetap akan terus melangkah selagi belum aku menutup mata..walaupun begitu payah tapi aku yakin akan kemenangan satu hari nanti menjadi milikku...menanti sinar kebahagian yang hakiki didunia dan diakhirat..selama ini sejak aku disah hiv positif banyak yang aku pendam sendiri tiap-tiap malam aku menangis hanya tuhan jer yang tahu bertapa sedihnye hati.Tiada  tempat untuk aku mengadu dan berkongsi kesedihan ini hanya pada Allah tempat terbaik untuk mengadu segalanye.Terlalu sukarnya aku nak melupakan die dan melepaskan die pergi tapi demi kebahagiannye aku relakan die pergi walaupun perit.Aku mengenali dirinye hampir 10 tahun aku terpaksa berterus terang tentang status aku ni...Aku tidak kisah kalau die tidak menyukai aku lagi tapi aku begitu hampa dengan sikap prejudis terhadap aku malah jahil virus lagi lah menyerlah.Kenapa mesti bersikap begitu bukannye tak sekolah tapi buta tentang virus hiv..tak pe2..aku x kisah pun.Ape yang penting aku cukup berani untuk memberitahu die perkara sebenar sekurangnye bebanan di kepala aku ni berkurangan terpulang pada die untuk menilai..Yang pasti aku xperlu menipu dan lari2 macam sok aku akan mati.


Sejak hari itu aku mencari kekuatan diri sendiri walaupun sedih dan nangis pun aku tetap akan bangun semula.Inilah diriku yang cepat menangis malah aku tidak pernah kenal erti mengalah selagi aku boleh melangkah aku akan terus melangkah walaupun begitu payah sekali pun.Bermula lah hidup sebagai PLHIV aku redha dan yakin ade hikmah disebaliknya.Dalam aku tercari-cari tempat rujukan tentang penyakit ini aku terjumpa sebuah blog yang menarik minat aku.Blog abg ahp AKUHIVPOSITIF pada mulanya aku memang sukar nak percaya..betul ker orang ni senasib dengan aku atau sekadar coretan kosong semata-mata.sangkaan aku rupanye salah..banyak info2 tentang penyakit ini ramai juga orang yang komen-komen dalam blog die.aku pun trylah komen jugak tapi selalunye akan guna name yang berlain takut nanti ade orang kenal pula...hehehe aku tidak pernah pun bagitahu kat abg ahp aku pernah guna name lain...Seseorang yang mahu berubah menjadi lebih lebih baik bukanlah suatu perkara yang sukar jika memiliki keinginan serta kesungguhan.
Allah 2 maha adil tiba-tiba hati aku tergerak nak antar emel kat tuan tanah ni..ape agaknye respon yang akan die beri kat aku nanti.nielah emel yang aku dapat dari abg ahp.Pada pandangan aku masa mula-mula dapat emel ini ternyata abg ahp seorang yang baik dan berhati besar.Aku mula membaca entry Aku dan memahami ape yang abg ahp lalui.Aku sungguh kagum dengannye seorang yang kuat dan tabah kekadang tersentuh juga hati ini bila membacanya memang sedih sejak dari itu banyak yang dikongsi bersama.Abg ahp kenalkan aku pada rakan-rakan senasib yang lain bertambahlah ilmu hinggalah ke saat ini.


t kasih kerana sudi emel saya.
jgn tanggung masalah sendirian.
hiv tak ada apa2 masalahpun,
rawatannya jauh lebih mudah berbanding penyakit2 kronik lain
masalahnya cuma stigma, diskriminasi dan judgmental termasuk di hati PLHIV sendiri.
bahkan PLHIV boleh berkahwin dan punya zuriat.
aids pula cuma istilah bagi sekumpulan penyakit yang biasa terjadi jika kita lambat dapat rawatan.
aids hampir tiada sejak ada HAART
aids bukan nama penyakit atau spt org selalu sebut 'sakit aids'
org lain yg tak ada hiv pun sakit gitu juga.
ok, buat permulaan laila baca dulu entry aku pelan2.
tengok dan belajar bagaimana sy menghadapinya sejak awal (di peringkat masih keliru) sehingga sekarang.
kalau tak faham nanti tanya, jgn segan2.


4 comments:

  1. Laila :)

    Insyallah komuniti akan terus menyokong laila..termasuk saya. Saya jumpa ramai orang bahkan mereka mempunyai ilmu agama yang sangat tinggi dan berpelajran yang tinggi memiliki semua yang kadang kala kita tiada

    namun... petengkaran hampir sahaja berlaku.. ada sikit salah faham dah mula bertengang leher... kerana masing2 merasakan ilmu merekalah yang terbaik. wallahualam..

    mungkin bila merasa sedikit kekurangan berbanding insan lain.. kita akan menghormati orang lain dan sayang kepada insan lain.. inilah asas kepada kehidupan yang selama ini kita tak pernah nampak.. :) sayang awak!

    ReplyDelete
  2. t kasih kerana menghargai dan sudi kongsi.
    tetapi ini adalah bantuan Allah untuk laila dan daripada kekuatan dalaman laila sendiri.

    bukankah Allah ganti segala2nya dgn sahabat2 yg sgt prihatin dan menyayangi laila tanpa syarat sepenuh masa.

    soal jodoh ajal maut dan semua tu jgn fikir.
    dia akan berikan yg terbaik.
    manalah tau ada rakan2 kita yg serasi hihihi...

    ReplyDelete
  3. Anonymous one thank atas sokongan awk..walaupun saya tidak mempunyai ilmu agama yang sangat tinggi dan berpelajran yang tinggi tapi saya bersyukur allah ganti kan sebuah keluarga baru yang sangat2 hebat.. saya bersyukur sngat dapat mengenali ahp dan sahabat2 yang tidak jemu2 memberikan sokongan dan semangat pada saya...abg ahp betul 2 allah gantikan yang lebih baik dari ape yang saya sangka.alhamdulilah..soal jodoh 2 hanya allah yang tahu ape yang terbaik untuk umatnye..saya sangat sayang pada kamu smue...luv forever..

    ReplyDelete
  4. ilmu agama sekadar ilmu yang membawa kebaikan dan menjauhi keburukan. namun tidak semua manusia yang ada ilmu agama mempunyai rasa simpati dan empati terhadap kita. terpulang pada individu. kadang2 orang yang tidak ada latar belakang pendidikan agama lebih menerima kita seadanya tanpa sedikit pun kata2 nista ditujukan buat kita. nasib masing2 la kan klu kita terjumpa org2 agama yang boleh menerima kita dengan penerimaan yang ikhlas dan terbuka tanpa ada sedikitpun rasa prejudis.

    ReplyDelete