Tuesday 31 January 2012

Kita adalah insan yang masih mampu tersenyum...


Kesulitan pasti ada mengekori kehidupan ini kerana hidup ini akan selalu teruji.  Kita semua sama, berdepan dengan dugaan yang tersendiri, cuma yang membezakan kita ialah cara kita mendepani.
Ketika hati sudah tidak tertanggung derita dan bibir masih sempat mengukir tawa, alangkah indahnya.  Dia sembunyikan segala rasa untuk dicurahkan kepada Allah satu-satunya.  Kerana menampakkan kemuraman wajah di hadapan manusia tidak akan menyelesaikan apa-apa.  Mungkin kita akan memperoleh simpati tetapi selebihnya hanya Allah tahu jalan penyelesaiannya.

Ketika di timpa bencana,senyumlah kerana  ujian adalah tanda kasih sayang Allah.  Tidak Allah biarkan manusia yang disayangNya terlena dalam kenikmatan yang melupakan dia untuk mengingatiNya. Lalu di kirim sedikit ujian supaya manusia itu tersedar dari lena dan kembali padaNya.
Memang benar, cuba bandingkan manusia yang dalam kegembiraan dan manusia yang dalam kesakitan/kesedihan,  berapa lama waktu mereka sempat habiskan di atas tikar sejadah?  Kebanyakan manusia terlalu mudah lupa, dan hanya tersentak apabila Allah mengetuk mereka dengan kegundahan dan masalah.

Tersenyumlah dengan setiap permasalah kerana masalah adalah jalan untuk kita kembali dalam istikharah dan memohon petunjukNya.  Allah sesekali tidak zalim, sentiasa memberikan peringatan untuk hambaNya.  Kehidupan adalah tidak bermakna sedikitpun tanpa mengingatiNya.  Kita bernyawa, berdiri, bersuara dan segalanya adalah dengan izinNya.  Bersyukurlah.
Tersenyum dan bersyukurlah, maka kau tidak akan pernah berasa untuk menuturkan “jikalaulah aku dulu…….”, sedar atau tidak bahawasanya kehidupan ini telah berjalan seiring kehendakNya.  Jika kita berkeluh kesah menyaksikan ujian demi ujian yang sedang merapat, kita akan mudah tersungkur dan meratap.

Kerana kita tidak pernah redha dengan apa yang Allah tetapkan sebagai jalan kehidupan yang perlu kita redah.  Maka bersabar dan berserahlah hidup matimu dan  suka dukamu hanya pada Dia yang maha mengetahui.
Tersenyumlah kerana kita masih bernyawa dan di beri kesempatan untuk meneruskan perjuangan di jalanNya.  Kita masih ada waktu untuk menyelesaikan segala hutang dan pinjaman yang telah kita lakukan.  Kita masih ada masa untuk bertaubat di setiap kesilapan.
Kita masih mampu bersyukur dengan setiap pemberian.  Bandingkan kita dengan mereka yang telah terbaring kaku jasadnya di tanah, mereka sudah tidak mampu berbuat apa-apa.  Apakah  kita masih tidak mengambil iktibar? Kita masih boleh lagi menambah amalan dan ketaqwaan kepada Allah dan menyempurnakan bekalan kita di alam sana.  Tatkala roh dipanggil dan diangkat pergi, menyesal ketika itu sudah tidak bererti!

Dan paling penting, anda terlalu bertuah maka tersenyumlah kerana kita terpilih sebagai seorang MUSLIM.  Kita ada Allah yang sentiasa bersama di setiap langkah kita.  Di setiap hari, kita kan berjumpaNya dalam solat.  Allah izinkan kita meminta padaNya setiap apa yang kita perlu.
Allah damaikan hati kita yang keresahan apabila kita bersamaNya.  Allah maha mengampunkan segala dosa yang telah kita perbuat apabila kita bertaubat.  Allah menjanjikan kita nikmat-nikmat yang tidak terhitung apabila kita bertaqwa.  Allah sediakan ganjaran bagi mereka yang sabar.  Allah mengaturkan kehidupan kita dengan sempurna dan segala yang ditetapkan adalah untuk kebaikan hambaNya.   Ya Allah, terlalu beruntungnya kami.

Abu Darda’ Radhiyallahu ‘anhu berkata , “ Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku.”
Tersenyumlah sentiasa, ia tidak menyakitkan malah ia pengubat hati yang sakit.  Bukannya bererti senyum itu kerana dia tidak punya masalah dalam kehidupannya, tetapi menunjukkan hatinya reda dengan setiap takdirnya.

Wallahualam. ~Hanya Allah mengetahui segala sesuatu kejadian~

Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta Jika Belum Tiba Masanya



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, 
Agar aku dapat menjaga diri,
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amiin..Ya Rabbi...

Analisa siapa diri kita?


Analisa
Album : Gema Perjuangan
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

Mengapa wanita menangis

Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan. 
1. Punca wanita menangis.Photobucket

  • Mencuci mata ( merupakan salah satu cara untuk meluahkan rasa stress-dalam masa yang sama, dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata)
  • Mengurangkan stress.
  • Tanda keinsafan/penyesalan.
  • Sebagai ugutan emosi.
Perempuan mempunyai 9 emosi dan 1 akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang disekeliling nya. Daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi samada ia memberi kesan baik ataupun buruk.
Sekiranya seseorang wanita itu menangis 2-3 kali atas sebab rasa syukur dan redha; pahala buat dirinya, buat kali ke 2 dan ke 3.
2. Kesan tangisan.

  • Dapat perhatian
  • Suasana rumah tangga tergugat.
  • Lelaki jadi bingung.
  • Orang lain dapat mesej.
  • Mata bersih dan sihat.
The world stops at the moment when women cry.
Orang bahagia dan gembira, tidak semestinya dia tersenyum dan orang senyum, sudah semestinya dia gembira.
Penyelesaian untuk mengurangkan rasa sedih:
1. Senyum dulu + Mengimbau perkara yang membuatkan anda rasa sedih = Perlahan2 melatih diri supaya tidak sedih dan menangis lagi.
2. Selalu berdoa kepada Allah.
3. Belajar untuk redha ( Baik atau buruk adalah untuk kebaikan hamba-NYA)
4. Sentiasa tersenyum – Banyak hormon baik yang keluar dan membantu seseorang wanita untuk memulakan hari dengan penuh keyakinan dan gembira.
Tangisan seseorang wanita adalah untuk melaungkan suara hati – Minta dibelai, disayangi dan dipamerkan kasih sayang. (Ia terpendam dan terbuku dalam hati)
Ramai yang tidak tahu bahawa apabila seorang suami menaikkan suara samada sedar atau tidak, ia menjadi antara punca mengapa seorang isteri mudah menangis. So, control your voice projection!Photobucket
Tangisan boleh membawa kesan yang positif, sekiranya dilakukan dengan tindakan yang positif juga.

p/s: kekuatan wanita terletak pada air matanya...
(tp jangan asik2 nanes aja...nti dituduh manja plak....Photobucket...)

Pasrah segalanya..

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tomahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani 
Keseoranganlah aku di laulan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
ku serahkan segala padaMu tuhan
Yang berkuasa juga mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui 
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku 
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari
Setelah malamku berkalut benci

Friday 6 January 2012

Setahun telah berlalu..

Setahun telah berlalu bermacam-macam dugaan yang aku lalui..Aku sedar yang aku cepat sangat mengeluarkan airmata mungkin aku belum cukup kuat macam orang lain.Aku merasa bila menangis dapat mengurangkan tekanan yang aku hadapi dan bangkit semula dengan kadar yang segera tidak terlalu lama untuk mengembalikan semangat yang hilang.Aku akan terus melangkah walaupun dengan airmata aku bersyukur kerana masih bernafas lagi jika dulu aku rasa dunia gelap gelita sekarang tidak lagi merasakan sungguh bahagia memiliki sebuah keluarga baru dalam hidup aku.Aku bersyukur padaMu Ya Allah ini lah hadiah yang ku temui dalam hidupku.


kekadang perasaan sedih datang secara tiba-tiba apabila mengingat kembali masa-masa lalu yang menguris perasaan terasa lebih sayu bila kita tidak dapat berkongsi kesedihan yang dirasa dengan orang lain sama ada kawan baik kita yang boleh dipercayai..aku banyak berkongsi pada kawan blog yang rapat dengan aku walaupun beribu batu jauh tapi wajah mereka tetap aku ingati.Apa-apa pun bila aku melalui saat-saat yang  sukar dalam kehidupan aku selalu ingat Allah selalu berada disisi kita hanya padaNya tempat aku mengadu.Belajar menerima hakikat berfikir dan bermuhasabah diri redha dan menganggap ini ujian dari Allah untuk aku.Pada mulanya memang agak sukar tapi dengan usaha pasti boleh,kenapa perlu menangisi perkara yang berlaku...Aku berhak hidup bahagia dan ceria macam orang lain.Pilihan ditangan aku kalau ceria itu lebih bermakna mengapa perlu berduka...










Dalam dunia ini kita sering terlepas pandang pada perkara-perkara yang pada kita tidak penting kita seolah menganggap ia hak milik kita yang kekal tetapi hakikatnya tiada yang kekal dalam dunia ini.Kita secara tidak sedar seolah-olah tidak menghargai sesuatu yang ade dalam genggaman kita sehingga ia tidak muncul lagi di depan mata kita kemudian barulah kita rasa kehilangan dan disusuli rasa kesunyian.Begitulah fitrah manusia sering terkenang perkara-perkara yang lepas..kalaulah dapat masa diputarkan semula....akulah orang pertama yang paling gembira...hahaha..mesti ramai juga yang pernah terlintas berfikir macam aku..betul tak.Sekarang aku lebih menghargai setiap satu apa yang ada sekarang sementara masih hidup ini.sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada.Percayalah Allah itu sentiasa mahukan yang terbaik untuk hambaNya...




" boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedangkan ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedangkan ia tidak mendatangkan kebaikkan untukmu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........."