Sunday 11 December 2011

HARI PERTAMA AKU MEMULAKAN HAART..

5 Disember  (part 1)


 Hari pertama aku untuk memulakan memakan ubat Haart.. hari isnin sangat sibuk waktu ini  sebab semua klinik dah buka aku mulakan kerja dari pukul 7 pagi..waktu ni aku memang tidak sempat nak sarapan dalam pukul 9 pagi aku mengalas perut dengan sedikit mee goreng dan sebiji epal sebelum makan ubat pukul 10 pagi.
Hari ini banyak rekod-rekod yang perlu aku hantar,sebelum aku memulakan langkah ke destinasi seterusnya alarm hanset aku pun dah berbunyi menunjukkan sudah tiba masanya aku makan ubat.Tanpa berlengah aku terus menelan sebiji combivir dan meneruskan kerja aku pagi 2.Seorang staff menyuruh aku hantar rekod ke klinik dada yang agak jauh dari tempat aku kerja..kalau ikutkan aku boleh saje menolak untuk tidak hantar rekod 2 tapi memandang memang kerja aku tanpa berfikir aku berjalan kaki hampir 15 minit lah jugak nak sampai kat klinik 2 nak naik kereta malas pulak nanti payah nak cari parking..setelah sampai kat klinik aku dah mula merasa pening-pening aku hanya tahan jer.masa nak balik ke tempat kerja aku dah mula rasa loya-loya singgah kejap beli asam bolehlah kurangkan rasa nak muntah..masa ni aku memang rasa pening sangat-sangat mungkin agak stress waktu kerja ditambah pulak side effect ubat ni.Otak aku fikir nak balik jer..badan pun dah penat jam pun dah pukul 2 dengan pantas aku terus menuju keluar tanpa menghiraukan orang lain.Sampai kat rumah aku makan pun tidak ade selera tapi paksa kan diri juga makan sedikit nasi.
Kepala ni masih lagi pening dan loya-loya...dalam keadaan aku melawan side effect ni ramai yang memberi kata-kata semangat dari sahabat-sahabat yang senasib.. aku tidak lansung merasa menanggung sorang....malah ade juga yang memberi cadangan yang pelbagai untuk mengurangkan side effect.aku kena minum air banyak untuk satu hari 2..Jom layan lagu ni sebentar..dapat mengurangkan stress...

5 comments:

  1. hehehe...
    eloklah laila share sendiri di sini termasuk kisah di klinik tu.
    lebih telus sebab daripada empunya diri sedangkan saya masih tercari-cari masa yang sesuai akibat kesibukan melampau. insyaAllah perkongsian begini besar manfaatnya.

    tahniah semakin berani dan menunjukkan nilai positif. ini bukannya masanya untuk melayan perasaan dan termenung.

    ReplyDelete
  2. memang nak share yang kat klinik 2 kat sini tggu part yang kedua yer..hari ini dah mula kerja masuk kerja petang pukul 2.Betul ini bukan masa nak melayan perasaan dan termenung...masa untuk bangkit semula dari kegagalan masa lalu.Jadi seorang perjuang..Macam nak berperang pulak rasanya.hehe

    ReplyDelete
  3. :) Insyallah doa dekat Allah mintak kurangkan effect tuh. berjalan bagus tuh keluarkan peluh!

    ReplyDelete
  4. laila isabella..u sihat?.. saje tanye sbb i pun baru start ambik haart semalam...
    loya2.. side effect tu lama x u rase?

    ReplyDelete
  5. laila sihat alhamdulilah..dekatkan diri dgn allah dpt memberi kita ketenangan bila dah tenang kurang lah fikir pasal side effect 2.Dalam seminggu memang ade loya2.sekarang dah ok...masa nak telan ubat saya kena minum air suam untk kurangkan loya..

    ReplyDelete