Bila kita ditimpa musibah kita dh mengeluh dan bersedih tetapi bila melihat org lain lagi hebat diuji..hati berkata, betapa tabahnya mereka....Hanya Allah yg Maha tahu apa yg tersurat disebaliknya......
Friday, 6 January 2012
Setahun telah berlalu..
Setahun telah berlalu bermacam-macam dugaan yang aku lalui..Aku sedar yang aku cepat sangat mengeluarkan airmata mungkin aku belum cukup kuat macam orang lain.Aku merasa bila menangis dapat mengurangkan tekanan yang aku hadapi dan bangkit semula dengan kadar yang segera tidak terlalu lama untuk mengembalikan semangat yang hilang.Aku akan terus melangkah walaupun dengan airmata aku bersyukur kerana masih bernafas lagi jika dulu aku rasa dunia gelap gelita sekarang tidak lagi merasakan sungguh bahagia memiliki sebuah keluarga baru dalam hidup aku.Aku bersyukur padaMu Ya Allah ini lah hadiah yang ku temui dalam hidupku.
kekadang perasaan sedih datang secara tiba-tiba apabila mengingat kembali masa-masa lalu yang menguris perasaan terasa lebih sayu bila kita tidak dapat berkongsi kesedihan yang dirasa dengan orang lain sama ada kawan baik kita yang boleh dipercayai..aku banyak berkongsi pada kawan blog yang rapat dengan aku walaupun beribu batu jauh tapi wajah mereka tetap aku ingati.Apa-apa pun bila aku melalui saat-saat yang sukar dalam kehidupan aku selalu ingat Allah selalu berada disisi kita hanya padaNya tempat aku mengadu.Belajar menerima hakikat berfikir dan bermuhasabah diri redha dan menganggap ini ujian dari Allah untuk aku.Pada mulanya memang agak sukar tapi dengan usaha pasti boleh,kenapa perlu menangisi perkara yang berlaku...Aku berhak hidup bahagia dan ceria macam orang lain.Pilihan ditangan aku kalau ceria itu lebih bermakna mengapa perlu berduka...
Dalam dunia ini kita sering terlepas pandang pada perkara-perkara yang pada kita tidak penting kita seolah menganggap ia hak milik kita yang kekal tetapi hakikatnya tiada yang kekal dalam dunia ini.Kita secara tidak sedar seolah-olah tidak menghargai sesuatu yang ade dalam genggaman kita sehingga ia tidak muncul lagi di depan mata kita kemudian barulah kita rasa kehilangan dan disusuli rasa kesunyian.Begitulah fitrah manusia sering terkenang perkara-perkara yang lepas..kalaulah dapat masa diputarkan semula....akulah orang pertama yang paling gembira...hahaha..mesti ramai juga yang pernah terlintas berfikir macam aku..betul tak.Sekarang aku lebih menghargai setiap satu apa yang ada sekarang sementara masih hidup ini.sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada.Percayalah Allah itu sentiasa mahukan yang terbaik untuk hambaNya...
" boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedangkan ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedangkan ia tidak mendatangkan kebaikkan untukmu. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........."
terima kasih atas sokongan kawan-kawan.. laila akan tabah dan kuat menghadapi semua ini insyaallah ade hikmah disebalik kesabaran menghadapinya. Ao nak request perenggan pendek2 yer...ok hehehe..
bagus, bagus, bagus... :D
ReplyDeletejangan bersedih, hidup ni hanya sementara, rugi kalau tempoh yg amat singkat ini diisi dengan kesedihan.
ReplyDeletehehe betul betul betul.
ReplyDeleteInsyallah.. Allah bersama dengan orang yang bersamanya.
kami juga bersama laila.
laila nnti boleh tak AO nak request perenggan pendek-pendek hehe :D
Laila, Kalaulah masa boleh diundur...
ReplyDeleteSama2 lah kita hadapi dugaan ini. Moga dipermudahkan oleh Allah.
terima kasih atas sokongan kawan-kawan..
ReplyDeletelaila akan tabah dan kuat menghadapi semua ini insyaallah ade hikmah disebalik kesabaran menghadapinya.
Ao nak request perenggan pendek2 yer...ok
hehehe..
Seperti awak kata
ReplyDeleteHidup tidak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
kena menempuh hujan dahulu sebelum kita dapat melihat muncul pelangi yang indah.....